Wednesday, July 9, 2008

DEBAT POLITIK

0comments
DEBAT POLITIK : CALON LEBIH PENTING DARIPADA PARTI

Tarikh: 10 Julai 2008 (Hari Khamis)
Jam: 08-30 malamSiaran Langsung (astro Awani)
UMNO –VS- PKR

Antara:YB Dato Dr Zambry Abd Kadir(Panglima Berantai Melayu)ADUN Pangkor - Ketua UMNO Bhg Lumut, PerakDanYB Dato Zahrin Hashim(Tukang Karut Purbaraya)
MP Bayan Baru - Pengerusi PKR Negeri P.Pinang

http://perakbangkit.blogspot.com/

Tuesday, July 8, 2008

INI WAKIL PARLIMEN YANG KORANG UNDI ?

1 comment

ADA AKAL PAKAI JANGAN SIMPAN DALAM JAMBAN

DIA NI YANG PATUT DISURUH KELUAR DEWAN, TAPI TAKDE APA-APA TINDAKAN PUN

INI WAKIL KORANG YANG KORANG UNDI HARI TU?

COME ON LA......PAKAI COMMON SENSE

Kenapa Mesti YDP Dewan Orang BN

0comments
Gerak-geri Beend dalam menentukan hala tuju sesuatu perkara terlalu jelek kalau dihalusi satu persatu. Di Parlimen, contohnya semua YDP TYDP semua nak bagi orang-orang dia. Apa bola bro... Sekarang ni aku tengok YDP TYDP Parlimen dah macam Ahli Parlimen Beend pulak lagaknya. Habis dia sapunya Ahli-ahli Parlimen pembangkang. Ntah apa-apa la. Badan Legislatif yang besar tanggungjawab dan peranannya runtuh, longlai untuk dipertanggungjawabkan oleh rakyat. Ini semua gerak-geri politik Beend yang 100% tak menguntungkan negara. Korang rasa YDP TYDP tu kalau orang Beend (memang orang Beend) boleh ke dia bertindak neutral kalaupun dia dah letak semua jawatan dia termasuklah jawatan-jawatan kat kampung yang dia sapu sebelum ni. Bro... I DON'T THINK SO.

Cadangan aku cari la profesional yang bukan pro sini pro sana. Kan berlambak kat Malaysia. Jelek aku. Ini semua common sense. Tak perlu aku nak masuk Harvard nak pikir benda-benda macam ni.

Monday, July 7, 2008

protes PROTES

0comments



Pendapat aku protes PROTES yang dianjurkan hari tu boleh disusun dengan lebih baik lagi. Di adakan dari pagi hingga malam, orang yang datang ramai tapi mengikut masa. Ada masa ramai ada masa kurang. kalau diadakan pada satu tempoh masa yang singkat lagi bagus. contohnya dari 8 - 11 mlm. lagi ramai yang ada. Impak lagi besar. Bila dianjurkan dari pagi sampai malam, macam karnival pun ada jugak. Impaknya pun longgar. Jadi nampak macam kurang serius dengan insiden 'punggung' yang boleh dielakkan. Bila protes jadi sedemikian rupa, maka orang 'sebelah sana' pandang sebelah mata. Apakata buat sekali lagi, kali ni mantap baik punya.

Mana pergi pertimbangan akal rakyat Malaysia

0comments

Nah Perak dan Selangor dah dapat air percuma. Macamana dengan negeri-negeri lain. Di Perak juga, rakyat yang berjaya memasuki IPT akan diberikan ganjaran RM1000. Nah ini semua satu permulaan yang baik. Mana ada insentif-insentif yang sebegini yang diberikan oleh kerajaan lama Selangor dan Perak?. Mana ada tak pernah ada. Tak pernah terfikir pun mereka. Aku yakin banyak lagi insentif-insentif yang melegakan penderitaan rakyat di negeri-negeri kerajaan pakatan rakyat yang akan diperkenalkan.


Persoalan aku? ada ke insentif-insentif ini untuk rakyat yang mengundi pakatan rakyat sahaja?. Ha! sudah tentu TIDAK. Insentif ni untuk semua tak kira korang undi siapa hari tu. Semua akan merasa. INI BUKAN INSENTIF YANG BERMOTIFKAN POLITIK. INSENTIF UNTUK SEMUA.


Tapi kalau kerajaan Beend yang perkenalkan aku yakin mesti diorg berat sebelah. yang sokong depa je yang dapat. KERAJAAN ANAK BERANAK LA KATAKAN.


NAH APA LAGI YANG KORANG TAK BOLEH FIKIR. GUNAKAN PERTIMBANGAN AKAL MANUSIA YANG LOGIK. MANA SATU KERAJAAN UNTUK RAKYAT. FIKIR SENDIRILAH.

Betul ke pemimpin?

0comments

Kalau kita tengok pemimpin negara kita sekarang apa sikap-sikap mereka yang boleh dicontohi. Teramat kurang yang boleh dicontohi. kharisma eelek, kebolehan memimpin eelek, mengurus pun eelek. Apa yang ada. Nama saja kononya pemimpin.


Bro... pemimpin ni leader kalau cakap orang putih. leader ni boleh pengaruh orang untuk capai objektif. Korang tengok sikit pemimpin kita ni ada ke ciri-ciri leader. puii haram takde. Jangan cakap leader, kebolehan mengurus negara pun tak tau. itu yang pukul 5 announce minyak naik esok efektif , tu yang berteriak terlolong dalam parlimen sumpah seranah tak tentu pasal.


cuba kita tengok tv hari-hari pemimpin negara kita ni betul ke leader. Musykil aku orang yang undi depa. Sah mata cemeh.

Sunday, July 6, 2008

Kenaikan Harga Minyak

3comments

Pukul 5 petang announce harga minyak naik. orang penat lelah balik kerja rushing pergi beratur kat stesen minyak. Apa urgent sangat ke pukul 5 petang announce esok effective. Apa ingat ni Kampung Oren ke. Main announce-announce macam tu. Cara makluman yang dibuat pun cukup menggambarkan bahawa betapa tidak prihatinnya kerajaan kepada rakyat. Penat lelah, jerih perih langsung tak tergambar dalam kepala otak pemimpin kita. Bagi orang panik pun iye jugak. Lepas tu berita kat tv malam tu, harap rakyat faham dan sama-sama bekerjasama dengan kerajaan. Apa ingat announce darurat ke. Apa bola bro...cara pun takde langsung.

Itu belum kita ungkap kisah selepas kenaikan harga minyak lagi. Apa yang tak naik? Semua harga naik. Kalau boleh bayar masuk tandas pun orang nak naikkan. Kerajaan pernah kata bahawa kenaikan harga minyak tak membolehkan harga barangan naik. Korang ingat tak? Ha! pandai cukup pandai. Sekarang ni semua dah naik mana manusia, pak pak menteri yang cakap macam tu.

Sekarang ni siapa berani kedepan dan cakap hidup rakyat ok, macam biasa, tak susah, makin bahagia. Siapa berani, cakap la. Hakikatnya, rakyat sengsara, terseksa, dengan kenaikan harga minyak. Akuilah kerajaan. mana pakej yang katanya nak bantu rakyat. Takde nampak pun. Langkah pertama yang diumum hari tu kakitangan kerajaan gaji dua kali sebulan dan langkah berjimat cermat oleh kerajaan. BERNAS SUNGGUH BERNAS. Apa kena mengena dengan rakyat ? Apa Bola la bro..... idea pun macam idea mesyuarat persatuan catur kg. ulu bendul. Buat malu aku jer.


Pernah kita terpikir apa kesan yang dialami rakyat? Meh aku senaraikan.

1. politik negara tak stabil (dah lama pun tak stabil)

2. rakyat makin miskin (pssttt aku rasa pendapatan perkapita naik kot)

3. sosial (hancur lebur - jenayah makin banyak)

4. institusi kekeluargaan (hancur- mak bapak dok sibuk kerja cari duit, anak terbior)

5. dan banyak lagi.


Kalau pun kerajaan kena jugak nak naik kan minyak kalau aku PM ini yang aku akan buat:

1. Penerangan kepada rakyat secara menyeluruh melalui media. (dalam paper one full page)

2. After one week aku baru buat press conference umumkan harga minyak naik tapi bukan esok

3- 4 hari lagi.

3. Right after aku announce aku explain pulak compensation subsidy untuk rakyat cthnya :

a. subsidi pakaian sekolah dan tambang bas sekolah.

Sekolah rendah boleh pakai baju biasa kecuali hari Jumaat.

(takdela baju ayik kena beli baru je)

b. penurunan goods and services tax (GST)

c. subsidi buku sekolah/buku rujukan universiti/ buku ilmiah

d. penurunan impot duti kereta sebanyak 100%

e. budak sekolah naik pengangkutan awam free


Setuju tak ?




 

Pendapat dan Pandangan Aku Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008