Sunday, July 6, 2008

Kenaikan Harga Minyak



Pukul 5 petang announce harga minyak naik. orang penat lelah balik kerja rushing pergi beratur kat stesen minyak. Apa urgent sangat ke pukul 5 petang announce esok effective. Apa ingat ni Kampung Oren ke. Main announce-announce macam tu. Cara makluman yang dibuat pun cukup menggambarkan bahawa betapa tidak prihatinnya kerajaan kepada rakyat. Penat lelah, jerih perih langsung tak tergambar dalam kepala otak pemimpin kita. Bagi orang panik pun iye jugak. Lepas tu berita kat tv malam tu, harap rakyat faham dan sama-sama bekerjasama dengan kerajaan. Apa ingat announce darurat ke. Apa bola bro...cara pun takde langsung.

Itu belum kita ungkap kisah selepas kenaikan harga minyak lagi. Apa yang tak naik? Semua harga naik. Kalau boleh bayar masuk tandas pun orang nak naikkan. Kerajaan pernah kata bahawa kenaikan harga minyak tak membolehkan harga barangan naik. Korang ingat tak? Ha! pandai cukup pandai. Sekarang ni semua dah naik mana manusia, pak pak menteri yang cakap macam tu.

Sekarang ni siapa berani kedepan dan cakap hidup rakyat ok, macam biasa, tak susah, makin bahagia. Siapa berani, cakap la. Hakikatnya, rakyat sengsara, terseksa, dengan kenaikan harga minyak. Akuilah kerajaan. mana pakej yang katanya nak bantu rakyat. Takde nampak pun. Langkah pertama yang diumum hari tu kakitangan kerajaan gaji dua kali sebulan dan langkah berjimat cermat oleh kerajaan. BERNAS SUNGGUH BERNAS. Apa kena mengena dengan rakyat ? Apa Bola la bro..... idea pun macam idea mesyuarat persatuan catur kg. ulu bendul. Buat malu aku jer.


Pernah kita terpikir apa kesan yang dialami rakyat? Meh aku senaraikan.

1. politik negara tak stabil (dah lama pun tak stabil)

2. rakyat makin miskin (pssttt aku rasa pendapatan perkapita naik kot)

3. sosial (hancur lebur - jenayah makin banyak)

4. institusi kekeluargaan (hancur- mak bapak dok sibuk kerja cari duit, anak terbior)

5. dan banyak lagi.


Kalau pun kerajaan kena jugak nak naik kan minyak kalau aku PM ini yang aku akan buat:

1. Penerangan kepada rakyat secara menyeluruh melalui media. (dalam paper one full page)

2. After one week aku baru buat press conference umumkan harga minyak naik tapi bukan esok

3- 4 hari lagi.

3. Right after aku announce aku explain pulak compensation subsidy untuk rakyat cthnya :

a. subsidi pakaian sekolah dan tambang bas sekolah.

Sekolah rendah boleh pakai baju biasa kecuali hari Jumaat.

(takdela baju ayik kena beli baru je)

b. penurunan goods and services tax (GST)

c. subsidi buku sekolah/buku rujukan universiti/ buku ilmiah

d. penurunan impot duti kereta sebanyak 100%

e. budak sekolah naik pengangkutan awam free


Setuju tak ?




3 comments:

mie on July 6, 2008 at 6:51 AM said...

kesan yang dialami dan ditanggung macam xtertanggung..huhU~

too short on July 8, 2008 at 8:45 AM said...

bro, bukan Government Service Tax(GST) lah tapi Goods and Services Tax(GST), tak turun...tapi x jadi implement ditangguhkan ...

tong on July 8, 2008 at 3:12 PM said...

tq bro

 

Pendapat dan Pandangan Aku Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008