Saturday, July 5, 2008

Pak Polisi



di Malaysia

bukan di Malaysia

bukan di Malaysia

Akhir-akhir ini kita dok tengok orang selalu kutuk polis. biadap la, ganas, samseng, tak tau buat kerja la. macam-macam lagi. Aku tak salahkan diorang. Kalau kita tengok dalam mana-mana blog, video terutamanya perlakuan polis sekarang terang-terangan dipaparkan kepada masyarakat. Kes di Cheras, di Parlimen, demonstrasi-demonstrasi rakyat contohnya. Perlakuan polis terlalu jelas menampakkan ketidak profesionalismenya mereka. Alamak bro...Kita bukan negara-negara Afrika, kita bukan Sao Paolo, negara-negara dunia ketiga yang polis boleh belasah ikut dan aje. Kita negara yang menuju kemajuan. Nak masuk negara maju dah. Tingkatkan la profesionalisme tu.

Dah tu terlalu nyata sekali polis seolah-olah berpihak kepada sesetengah golongan sahaja. Alamak bro... as a civil servant, you are working for the Government of the day (Kerajaan yang memerintah) not the politician/political party or individual of the day. Malulah aku macam ni. Benda-benda ni semua common sense la. Orang nak berteriak kat polis, diorang bukan nakdengar pun, bukan nak improve pun. Buat dono je. Bila dah jadi satu-satu perkara yang tak sepatutnya pun nak berselindung. Satu dunia dah tengok video macamana perlakuan polis bertindak pun nak deny lagi. Alamak bro..... Malaysian are now is not stupid anymore if you think that they were once.

To the police, jadilah rasional, rakyat Malaysia tak pernah tidak mengakui bahawa tugas polis memang mencabar dan diperlukan. Kita hormat prinsip tu. Tapi hormat juga rakyat seperti manusia sesama manusia.

0 comments:

 

Pendapat dan Pandangan Aku Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008