Saturday, July 5, 2008

Pengangkutan Awam







Akui sahaja pengangkutan awam di Malaysia masih lagi di tahap yang memang tidak memuaskan. Dengan bas yang tak berapa 'rapidnya' dengan LRT ERL yang segan hidup mati tak mau, apa yang boleh kita 'depend on'. Malah Menteri pun mengakui pengangkutan awam kita tidak reliable. Tahun dulu kita digesa membayar minyak dengan harga yang sedikit mahal kononnya pengangkutan awam nak dimajukan. Kononnya boleh save around RM 30-40 billion. Tengok-tengok tak jadi apa. Pengangkutan awam macam tu jugak cuma bas je bertukar warna yang aku ingat. Sekarang dinaikkan lagi setelah janji manis tahun dulu untuk tidak dinaikkan lagi. Dengan keadaan sekarang boleh ke, mampu ke nak dimajukan pengangkutan awam. Ragu-ragu aku.

Kerajaan sekarang tak pernah sekali menjelaskan dengan jelas mana pergi RM 30 - RM 40 billion tu. Kenapa tak tersampai hajat nak dimajukan pengangkutan awam. Kenapa ini kenapa itu. Kerajaan sekarang lebih suka mengambil pendekatan 'buat bodoh'. Rakyat tak diberikan penerangan sewajarnya. Kalau takde sekalipun 30 40 billion tu atas sebab-sebab perlu, perjelaskan dengan bersungguh bukan setakat debat dekat TV1 atau jawapan-jawapan standard politician masa press conference. Berdiam diri atau buat bodoh menampakkan kelemahan kerajaan. Berani kerana benar, takut kerana salah. kalau dah salah mengaku je lah. Kurang-kurang puas hati rakyat tahu kedudukan sebenarnya.

0 comments:

 

Pendapat dan Pandangan Aku Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008